Monday, May 28, 2007

R`ESQ : SIAPA AKU DAN KECERDASAN SPIRITUAL.


Kisah budak pintar masuk tahun satu masih menjadi perhatian umum. Setakat ini kepintaran yang jelas ditunjukkan berkaitan dengan kecekapannya menyelesaikan masalah matematik. Adi Putra bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah matematik pada peringkat umurnya, tetapi menjangkau masalah matematik yang hanya mampu diselesaikan oleh profesor matematik.

Pelbagai persoalan timbul. Saranan supaya diwujudkan kelas khas untuk pelajar pintar tersebut sudah kedengaran. Menurut bapanya, pelajar tersebut sudah mengadu bosan dengan cara pembelajaran di tahap satu. Setakat ini belum kedengaran lagi ada pihak yang berusaha untuk memeriksa tahap IQ anak tersebut.

Menyebut tentang IQ, sejak akhir-akhir ini, IQ tidak menjadi dominasi dalam kajian terhadap tingkat kecerdasan seseorang. Pada awal abad ke-21, sememangnyalah kecerdasan manusia diidentifikasikan dengan IQ (Intelligent Quotient). Ahli-ahli psikologi merancang satu alat ukuran yang boleh mengukur skor IQ seseorang. Maka lahirlah Stanford Binet Scale seperti yang dititipkan.

Skala Binet di bawah menceritakan tahap IQ seseorang :

158 ke atas - Super Genius

148 - 157 - Genius

140 - 147 - Lower Genius

130 - 139 - Intelligent

120 - 129 - Clever

100 - 119 - Average

85 - 99 - Lembam

76 - 84 - Sangat Lemah

75 ke bawah - Retarded

Ujian ini dipakai untuk memilih orang yang paling cerdas dan cemerlang. Pada peringkat awal, ujian ini dipakai oleh angkatan bersenjata Amerika untuk memilih calon tentera, tetapi kemudian dipakai di universiti dan pengusaha untuk memilih calon yang berpotensi.

Sebuah skor IQ menunjukkan tingkat dari beberapa kemampuan utama yang sebahagian besarnya diwarisi (inherent) iaitu kemampuan numerical, linguistik dan spasial. Pada waktu itu, IQ merupakan hanya satu-satunya indikator kecerdasan yang terukur. Skor ini dilihat dapat menunjukkan keseluruhan tingkat kecerdasan individu. Skor IQ jarang mengalami perubahan besar sepanjang hidup manusia.

Pada tahun 1960-an, ujian IQ menjadi kontroversi. Ujian IQ hanya mengukur satu jenis kecerdasan tertentu iaitu kecerdasan rasional, logic dan linear. Tingkat kecerdasan ini dikembangkan oleh pengaruh mazhab-mazhab di barat yang tersangat obsess dengan pengaruh otak kiri yang boleh menyelesaikan masalah yang logic dan rasional dan mengatur strategi penyelesaian. Kesedaran tentang silang budaya (multi-cultural) bahawa kelompok ethnik dan gender yang berbeza mempunyai skor yang berbeza dan tidak menentu.

Maka lahirlah tulisan Daniel Goleman tentang Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient – EQ). Para neurosaintis mendapati bahawa emosi manusia merupakan faktor penting dalam kecerdasan manusia. Kalau emosi kita sihat dan matang dan tidak ada kerosakan pada pusat keceriaan (Joy Centre) dalam otak (Septum Pellucidum), kita dapat menggunakan sepenuhnya IQ yang kita punyai secara efektif.

Cerita mengenai ‘Profesor yang Pelupa’ yang sangat genius dalam bidang intelektual tetapi tidak boleh mengikat tali kasut, sebaliknya pula memperihalkan seseorang yang dinilai mempunyai IQ yang rendah tetapi mempunyai kemampuan komunikasi dan bakat bekerjasama dengan orang lain. EQ sangat berkaitan dengan kemampuan kita memahami dan mengelolakan emosi kita dalam proses komunikasi dan memahami orang lain seperti kebimbangan, kemarahan, agresif, sedih dan keberanian. Sekiranya kita tidak boleh mengawal emosi, emosi tersebut yang mengawal kita.

Goleman mendefinisikan EQ sebagai kesanggupan kita untuk menyedari situasi tempat kita berada untuk membaca emosi kita sendiri dan orang lain dan bertindak dengan tepat.

Tidak seperti IQ yang secara relatif stabil sepanjang hidup seseorang, EQ boleh dipelihara dan dikembangkan. Menurut Metod Rayid, EQ secara inherent boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu Shaker, Jewel, Flower dan Stream. Kategori EQ dan ciri-cirinya adalah :

JENIS KEKUATAN DIRI (EQ)

- Shaker / Pineal Gland / Spiritual

- Jewel / Pituitary Gland / Minda

- Flower / Hypothalamus / Emosi

- Stream / Thymus/Medula / Fizikal

EQ tahap tertinggi wujud pada saat kelahiran. Bukti-bukti banyak menunjukkan bahawa pada zaman kanak-kanak, individu menunjukkan EQ yang positif dan fitrah. Kanak-kanak menunjukkan motivasi dan daya yang tinggi untuk mencuba, tidak putus asa, daya tahan dan daya saing yang tinggi. Tahap keupayaan dan hierarki daya ini menurun apabila dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana yang negatif. Keupayaan dan tingkat kecerdasan EQ ini boleh dikembalikan pada tahap fitrah dan semulajadi terutama dengan menggunakan SQ (Spiritual Quotient).

Pada akhir tahun 1990-an, ahli neurologi menunjukkan bahawa otak memiliki ‘Q’ yang boleh mengajak manusia mencari makna dan nilai kehidupan. Dalam kata lain, SQ (Kecerdasan Spiritual) membawa kita kepada nilai fundamental dan kesedaran tentang tujuan hidup yang abadi, strategi dan proses kita berfikir. SQ membawa kita pada konteks yang lebih luas makna dan nilai sebuah kehidupan.

‘S’ dalam SQ berasal daripada perkataan Latin ‘sapienta’ (‘sophia’ dalam bahasa Yunani) yang bererti ‘Kearifan’ – Kecerdasan Kearifan (Wisdom Intelligent). SQ secara tradisional bererti kebijaksanaan yang berlawanan dengan hanya memperolehi pengetahuan dan bakat yang relatif mekanistik dalam memecahkan masalah. SQ berdasarkan struktur bawaan dari otak manusia yang memberi kita kemampuan dasar untuk mencari makna, nilai dan keyakinan “siapa aku”, “kenapa dan mengapa aku dijadikan”.

Penemuan ‘God Spot’ apabila bahagian pre-frontal disimulasikan dengan alat magnetik yang menunjukkan wujud signal pada bahagian tersebut. Bahagian ini akan menunjukkan signal aktif apabila aktiviti spiritual difikirkan, dirasakan atau dilakukan.

Begitu jua dengan penemuan getaran 40 hz – 40 putaran per saat pada getaran otak ketika melakukan aktiviti spiritual. Ia menunjukkan terdapat kesatuan pengalaman dan getaran neuron yang berkait secara serentak 40 hz.

Saya sering merujuk Septum Pellucidum’ (Joy Centre) yang menemukan keceriaan, ketenangan dan kebahagiaan kepada orang yang sujud dan sembahyang. Gambaran ini disebutkan melalui perkataan ‘naasyiyyah’ (ubun-ubun) yang disebut dalam ayat 14-15, Surah al-Alaq, “Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka”.

Daerah pre-frontal yang dimaksudkan dalam perkataan ‘naasyiyyah’, mengikut tafsir Pimpinan Al-Rahman (versi Melayu) bermakna ‘ubun-ubun’ dan tafsir Yusuf Ali (versi Inggeris) bermakna ‘fore-lock’. Maka kaedah bio-psikologi mengukur Joy Centre antara pertemuan fore-lock dan ‘ubun-ubun’, menunjukkan kecerdasan spiritual sememangnya telah dibekalkan oleh Allah SWT dalam otak manusia sejak dilahirkan. Maka di sinilah kaitannya bahawa menurut pakar ginekologi, apabila scanning dilakukan ketika bayi sedia untuk dilahirkan, maka terdapat seperti lampu yang menyala di bahagian pre-frontal ini.

Bukti saintifik ini menunjukkan bahawa SQ sendiri menjadikan kita sepenuhnya makhluk intelektual, emosional dan spiritual dalam kesatuan yang sukar dipisahkan, malah ia terjadi secara holistik, semulajadi (fitrah) dan dikuasai sepenuhnya oleh Allah SWT. Maka dalam realiti hidup, SQ seharusnya menjadi pembimbing dan pemimpin kepada IQ dan EQ individu ke arah kemantapan iman dan keyakinan diri kepada Tuhan Yang Esa sehingga tercipta kecemerlangan hidup yang diredhai oleh-Nya.

3 comments:

Anonymous said...

Salam. Terima kasih Dr. Muhamad Jantan kerana setelah saya membaca atikel dr. saya dapat merasakan bahawa tiada sempadan dan halangan untuk kita berjaya setelah kita mengetahui tahap kecerdasan kita.

Anonymous said...

Salam. Hebatnya manusia yang dijadikan Allah SWT dengan segala sifat kesempurnaan seperti Dr sebutkan dalam atikel. Tetapi saya masih keliru dengan kemampuan saya malah saya tidak yakin pada diri. Boleh Dr. bantu?

Anonymous said...

Salam...
Terima kasih atas ceramah Dr. tadi...
Pengisisan kursus tadi mmg menarik dan amat berguna utk diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah harian...
Sungguh menakjubkan ciptaanNYA...
Setiap satu nya punyai maksud tersendiri...
Apa jua masalah pasti ada penyelesaiannya...
Teori dan praktikal tersebut membuktikannya...
Ia patut diterapkan dan diberi pendedahan sedari awal lagi...
Terima kasih sekali lagi...
Saya rasa tenang sekarang...
Sebahagian saka tersebut telah saya buang...
dan saya akan terus cuba membuang saka-saka yang masih tinggal...
Terima kasih buat Dr. & isteri....